26 Ogos 2004
10 Rejab 1425
Utusan Express
Utusan Malaysia
 

Search Archives
Feedback
Corporate Info

 korporat

Metronic mahu labur RM760j di China

SHAH ALAM 23 Ogos - Penyedia sistem bersepadu, Metronic Global Bhd. (MGB) akan melabur sebanyak AS$200 juta (RM760 juta) bagi melaksanakan projek sistem kod produk dan perkhidmatan di China.

Pengarah Urusan Kumpulan MGB, Ng Tek Che berkata, berdasarkan kepada andaian dan maklumat yang disediakan oleh China National Registry of Products and Services Code Co. Ltd. (CNRPC), kos pelaburan itu itu akan diperoleh semula dalam tempoh enam tahun.

``Pembiayaan projek ini akan dilakukan menerusi gabungan pembiayaan daripada pembekal perisian dan perkakasan sekitar AS$120 juta (RM456 juta) dan baki kira-kira AS$80 juta (RM304 juta) dilakukan menerusi pinjaman daripada institusi kewangan tempatan,'' katanya di sini, hari ini.

Selain daripada MGB, projek itu akan dilaksanakan oleh sebuah konsortium yang terdiri anak syarikatnya, Infocon (Beijing) Environment Control Technology Co. Ltd. (Infocon), CNRPC dan Free Glider Communication Co. Ltd. (Free Glider).

MGB dan Infocon memiliki 50 peratus kepentingan dalam konsortium itu diikuti CNRPC (40 peratus) dan Free Glider (10 peratus).

MGB yang disenaraikan di pasaran Mesdaq mempunyai 51 peratus kepentingan dalam Infocon.

Projek sistem kod yang diperoleh menerusi perjanjian kerjasama dan rundingan pada hari Selasa lalu merupakan inisiatif kerajaan China yang akan mewajibkan produk dan perkhidmatan dihasilkan di negara komunis itu mempunyai kod yang berdaftar.

Menurut Ng, projek tersebut akan menyaksikan sebanyak 2,132 pangkalan data di bina di 32 buah negeri, 350 buah bandar dan 1,750 buah daerah di seluruh China.

Tambah beliau, berdasarkan maklumat CNRPC, sebanyak 50 juta hingga 100 juta produk dan 10 juta perkhidmatan dijangka didaftarkan di bawah projek itu.

``Cadangan yuran pendaftaran dan yuran penyelengaraan masing-masing adalah RMB80 (RM40) dan RMB40 (RM20) setahun,'' ujarnya.







Berikut Adalah Jadual Waktu Solat Bagi Tahun 2004-2005

Sila Pilih Kawasan Anda

Kalendar Takwim







© UTUSAN MELAYU (M) BHD., 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
E-mail: online@utusan.com.my